Keterangan
Hadis diatas mengandungi
pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya,
terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau
dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini.
Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar
yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:
Pertama: Hendaklah ia
menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala
perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.
Kedua: Mentaati
perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya
mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al
Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana
patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al
Quran dan Hadis Nabi saw.
Ketiga: Berpegang
teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin
(Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat
petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan
ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang
mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan
syurga pada hari kiamat nanti.
Keempat: Menjauhi perkara-perkara
bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama
Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari
agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang
baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah)
tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab
bid'ah hasanah).
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar